BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 17 February 2012

Memperkosa


Seorang ayah kandung sanggup memperkosa anak perempuanya yang baru berusia 17 tahun lalu kemudian dipaksa melacur ke lebih dari 200 lelaki. Hal ini disampaikannya di depan media selepas melapor ke polis.

Gadis yang tinggal di Kerala, India, ini mengatakan kepada polis yang ayahnya itu mengancam akan membunuh seluruh keluarga kecuali jika si ibu mendiamkan perbuatan laknatnya. Si ayah kemudian ditangkap polis bersama 29 lelaki lain.

Gadis malang ini mengatakan dia diperkosa oleh ayahnya kemudian dibiarkan kelaparan lalu dipaksa melayan nafsu seks dengan lelaki lain. Polis bersumpah akan mencari lelaki yang membayar saat melakukan seks dengan gadis yang identitinya dirahsiakan ini.

Bahkan, untuk menangkap lelaki lain, polis menurunkan pasukan khas untuk mencari 70 lelaki yang disebutkan gadis muda itu.

“Ayah memperkosa saya ketika ibu tak ada di rumah. Dia kemudian membawa saya ke lokasi berbeza dan menambah jika saya mempunyai peluang berlakon dalam filem,” kata si gadis saat diwawancara sebuah stesen televisyen tempatan.

Dia mendedahkan, ketika sang ibu tahu, ayahnya kemudian mengancam akan membunuh seluruh keluarga kecuali jika si ibu memilih menutup mulut.