BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 1 April 2012

Awal Ashaari melamar Scha Al-Yahya dalam rancangan Propaganza.




   










  



Sweetnya Awal Ashaari melamar Scha Al-  Yahya dalam rancangan Propaganza tadi    
kan.Bagi yang tertinggal rancangan itu,boleh tonton rakaman di bawah ini..



                                               


  Scha dan Awal sama-sama mengalirkan airmata bagai 

tidak percaya kejadian tersebut..so sweet!!!.Pasangan kekasih ini bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada hari Selasa 27 March 2012.

Awal juga menghadiahkan Scha patung bear yang diberi nama Yuno.











Scha bersama cincin lamaran Awal.ish ish ish...bertambah-tambah sweet mereka berdua ne kan?.heehee :)
















Sudah kecoh di forum-forum dengan mesej Twitter Scha & Awal Ashaari yang seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Fahrin Ahmad dalam temubual KOSMO. Al-kisah’nya, semalam wartawan ada bertanya kepada Fahrin, adakah hubungannya denga Scha putus gara-gara orang ketiga kononnya, pengacara kacak, Awal Ashaari? Komen Fahrin: â€œSaya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri.”
Bukan apa, Fahrin seakan-akan menyalahkan Awal Ashaari sebagai punca utama putus’nya hubungan antara beliau & Scha Al-Yahya. Manakala, Scha membidas kenyataan Fahrin dengan mesej yang terkandung di dalam Facebook, dimana anda boleh baca di entri “Bukan Sebab Pihak Ketiga. Please, Get It Cleared & No More After This” – Scha Al Yahya
Nak dijadikan cerita, sebentar tadi Awal Ashaari ada menghantar mesej di’ Twitter, bunyi’nya seperti begini, Awak siasat lah sendiri” Seriously?? WTF? U think this is CSI MIAMI? Please don’t touch me because I’ve never touched u. Stop being pussy.”
Manakala, Scha juga meluahkan perasaan yang sama dengan mesej begini, “Today gonna be the day I reveal everything. It’s too much. U so good with words and politics. Don’t blame me, u asked for it.”
Mesej-mesej di’atas, kami yakin memang ditujukan buat Fahrin Ahmad.
Kemudian, Awal Ashaari sekali lagi menghantar Tweet seperti ini, “Tak sabar nak tunggu Agent CSI Kuala Lumpur datang menyiasat. Or maybe diorang x dtg pun, but sit on their lazy arse and wait for my tweets!” Wah, perli kami nampak! Tapi tak kisah pun, asalkan kau bahagia. Agent CSI yang dimaksudkan oleh Awal Ashaari mungkin daripada kalangan blogger-blogger seperti kami.
Bukan main panas lagi kes orang ketiga antara Scha, Awal & Fahrin. Sekarang kami ragu-ragu pula, andai kata Scha & Awal tiada apa-apa hubungan, kenapa perlu sentap dengan Fahrin? You guys buat derk je lah, and don’t put the blame on bloggers. We love stories!


Mengubah status hubungannya di laman sosial popular Facebook, daripada 'single' kepada 'Engaged' pada 31 Mei yang lalu, ramai yang menyangka pengacara dan pelakon kacak, Awal Ashaari sudah mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Scha Al-Yahya.
Apatah lagi hari lahir Scha yang jatuh pada 30 Mei, semakin membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada Awal Ashaari sudah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada tarikh berkenaaan.
Bertemu lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini di majlis sidang media program realiti Mari Menari musim kedua, dia yang bertindak sebagai pengacara untuk program ini mengakui dengan sendirinya mengubah status di dalam facebook milik peribadinya daripada 'Single' kepada 'Engaged'.

"Ya memang saya yang ubah status itu, dan ia bukannya telah digodam ataupun di ubah oleh orang lain. Sebenarnya, saya tidak berniat untuk mengelirukan sesiapa, dan ianya hanya gurauan.

"Saya dan Scha masih belum bertunang, biarpun kami memang sudah merancang untuk pergi lebih jauh dalam hubungan kami ini. Namun, apa yang tertulis di Facebook itu hanya sekadar gurauan semata-mata.

"Saya sudah lama tidak membuka Facebook peribadi, jadi kebetulan semalam saya mempunyai masa terluang dan sedikit bosan, jadi saya sengaja menukar status di dalam Facebook. Kebanyakan rakan-rakan di dalam akaun Facebook peribadi saya itu terdiri daripada rakan-rakan rapat dan keluarga, jadi pada awalnya saya tidak menyangka ada mengetahui perkara ini.

"Setakat ini hubungan saya dengan Scha masih berjalan seperti biasa, tidak banyak yang berubah melainkan kami semakin sibuk dengan tugas masing-masing. Memang kami ada bercerita tentang hubungan ini, tapi setakat ini masih belum ada keputusan yang sahih sama ada kami akan bertunang dahulu ataupun terus berkahwin, tapi Insya-Allah, jika ada majlisnya kami akan memberitahu pada umum, dan bukannya majlis tertutup,"cerita Awal Ashaari. 




Mari Menari
 Kembali beraksi diatas pentas Mari Menari untuk musim yang seterusnya ini, jelas Awal, kerana minat dia sanggup menolak dua buah drama dan satu filem demi untuk mengacarakan program realiti ini.

"Saya tak sangka program ini berlangsung awal, kerana pada jangkaan saya ia akan keluar pada bulan November ataupun Disember. Saya memang minat mengacara, dan kebetulan sejak dari musim pertama saya sudah mengacarakan program ini, saya mahu ia berterusan selagi mereka memerlukan saya.

"Tak dinafikan saya lebih meminati bidang pengacaraan berbanding lakonan, jadi bila ada tawaran sebegini saya lebih memilihnya. Namun, ia tidak bererti saya sudah cuci tangan daripada berlakon, sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dengan jadual, saya tetap akan terima juga.

"Sekali lagi bergandingan dengan Lisa Surihani sebenarnya langsung tidak beri masalah pada saya, dari awal lagi kami mudah mencari keserasian, dan senang berurusan dengannya,"jelasnya. 


No comments:

Post a Comment