Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah
syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa
yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku
dalam kisah cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu
oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam
masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada
Lisa. Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan
Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan
membalas dendam terhadap Sam.
Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat
lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap,
Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut. Jefri iaitu rakan
sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk
mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya
diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya.
Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan
Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki
kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting
sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment